PEMULA KATA
Di atas segala yang terjadi dalam kehidupan ini,
Yang mencetuskan aroma rasa,
Membangkitkan untaian sukma,
Lantas mengamit seribu kata.
Kata yang mencorak pemikiran,
Kata cernaan sebuah penafsiran,
Takulan pada pandangan,
Perintis akan ungkapan pengertian.
Namun,
Kata ini hanyalah satu perumpamaan,
Dari iris seorang insan,
Yang pastinya belum cukup sempurna.
Jika..
Ada yang tidak kena,
Menyentuh urat rasional sesiapa,
Atau menjurus yang tiada makna.
Usahlah di hirup mustikanya kata,
Biarkanlah ia..
Kerana kehadiran kata..
Cumalah sekadar pembuka minda untuk sesiapa yang sudi menerimanya..
KATA...
Tuesday, December 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment