Wednesday, December 23, 2009

Gejala DOT COM.. Di mana noktahnya..

Setelah kecewa dengan kegagalan ikatan cinta yang dijalin secara maya di alam siber, remaja lelaki berusia 14 tahun, John didapati cuba membunuh diri dan cuba menuduh rakannya Mark, 16 tahun sebagai pembunuhnya dengan memyebarkan gambar Mark yang seakan cuba membunuhnya dilaman-laman internet. Walaupun percubaan John untuk membunuh diri dan mendakwa rakanya sebagai pembunuh itu gagal, perbuatan John ini telah jelas membuktikan bahawa gejala DOT COM atau Siber masih menghantui dan memerangkap remaja dan masyarakat dunia.
(Astroview, Jan, 2010, p. 16)

Lihatlah gambaran yang telah jelas menunjukkan kita betapa bahayanya alam siber ini terhadap golongan remaja dan penggunanya yang lain seandainya segala bentuk pengunaan terhadapnya tidak dikawal dan dibendung secara positif dan effektif. Hal ini membangkitkan Pembicara Kata pada kali ini untuk cuba mengelongkar mengapa hal ini masih terus berlaku sedangkan alam siber atau internet ini bukanlah bende asing lagi untuk semua manusia walau dimana kita berada.

Di antara faktor yang dapat KATA fikirkan munasabah yang mencetuskan penyalahgunaan internet ini adalah attitude atau kesedaran pengguna itu sendiri. Hal ini kerana 'Nawaitu' atau tujuan pengguna siber berinteraksi dengan teknologi tanpa sempadan ini adalah teraju utama yang bakal menentukan bagaimana pengguna itu akan mengunakan internet dalam hidup seharian mereka. Jikalau pengguna itu berhasrat mengunakan internet ini secara betul dan produktif, maka tentulah penggunaannya juga akan lebih cenderung ke arah itu. Tetapi jikalau pengguna berhasrat mengunakan internet ini kearah yang negatif, maka itulah yang bakal terjadi.

Tidak juga KATA nafikan kuranya kesedaran mereka yang lebih authority seperti kerajaan, ibu bapa, atau pun penjaga dalam memantau aktiviti siber anak di bawah jagaan mereka juga merupakan satu faktor penyumbang kepada pemesatan masalah siber di serata dunia. Hal ini telah dibuktikan apabila peratusan kanak2 atau remaja yang terlibat dalam jenayah siber meningkat hari demi hari. Jikalau ibu bapa atau penjaga mengambil response proaktif dalam mengawal dan memantau aktivity siber anak mereka sudah tentu tidak ramai kanak2 atau remaja bawah umur terlibat dalam masalah ini. Ada juga ibu bapa yang cuba mengambil sikap lepas tangan dengan menyalahkan kelemahan kefahaman dan skill mereka terhadap penggunaan teknologi terkini ini. Sewajarnya ibu bapa mestilah memahami cara pengunaan internet secara total terlebih dahulu sebelum membawa teknologi ini masuk ke dalam kehidupan anak-anak mereka dengan membelikan computer berserta sambungan ke alam tanpa sempadan (internet) kepada anak mereka.

Antara sebab yang lain yang dapat kata kupaskan disini ialah kelemahan institusi pembelajaran (education system) dalam mentarbiah anak-anak Malaysia dalam memahani dan menghayati pengunaan internet secara lebih mendalam. Kebanyakan institusi pengajian di negara kita hanyalah mendedahkan penggunaan internet kepada perkara seperti belajar dengan mengunakan educational softwares, mengunakan internet untuk berinteraksi dengan kawan-kawan, dan membuka laman web yang berilmu (educational websites) kepada para pelajar mereka. Adakah mereka sedar yang sebenarnya pengaplikasian ini adalah berbentuk educational yang hanya bergerak atas satu landasan yang hanya dapat digambarkan oleh pelajar wajar dilakukan disekolah sahaja? Adakah kita lupa bahawa banyak masa penggunaan internet dilakukan oleh anak2 kita diluar waktu sekolah. Hal ini mendorong mereka untuk tidak mengunakan internet secara betul kerana segala interaksi siber yang diajar kepada mereka di sekolah adalah hanya berkait dengan perkara yang bagi remaja hanya releven dilakukan disekolah sahaja. Hal ini kerana kebanyakan pelajar beranggapan perkara berbentuk ilmiah dan berkaitan dengan pelajaran hanya perlu ditinggalkan sahaja di bangku sekolah tanpa mengheretnya keluar dari sekolah ke alam luar.

Oleh itu... banyak perkara perlu dilakukan oleh kita semua dalam membantu anak-anak Malaysia mengunakan internet secara betul dan lebih positif.

Tindakan diri sendiri:

Tiada sesiapa yang dapat mengubah 'Nawaitu' seseorang itu melainkan dirinya sendiri bukan? oleh itu.. manusia haruslah mengambil sikap lebih bertanggung jawab kepada segala tindakan mereka kerana tindakan yang baik akan mendatangkan natijah yang baik. Perbetulkanlah niat anda dan lakukan apa yang anda rasa baik untuk diri anda.

Tindakan ibu-bapa:

Ibu bapa perlu menjalankan tindakan yang lebih jitu dalam mengawal aktiviti anak-anak mereka antara yang disarankan..

-letakan computer di rumah anda dikawasan terbuka yang senang dilihat oleh anda seperti ruang tamu. Hal ini dpt membangkitkan kesedaran anak anda yang mereka perlu melakukan perkara yang elok kerana segala aktiviti siber mereka dapat dilihat oleh ibu bapa mereka.

-Beritahu anak2 anda akan laman siber yang boleh dilawati dan tidak boleh dilawati. Interaksi diantara ibu bapa dan anak2 adalah elemen yang sangat penting kerana dengan interaksi sebegini anak2 dapat memahami akan behaviour expectation ibu bapa mereka terhadap diri mereka. ini akan mendorong anak2 untuk melakukan apa yang dihasrat oleh ibu bapa mereka.

- Block laman web yang haram dilawati oleh anak2 seperti laman web lucah dan sebagainya.

- Selalu melihat history (laman web yang telah dilawati oleh anak2) supaya ibu bapa dpt melihat laman apa yang telah anak mereka lawati.

- Setkan waktu pengunaan internet kepada anak2 seperti 1 jam supaya anak2 hanya akan mengunakan internet kepada benda2 perlu sahaja kerana mereka tahu masa pengunaan internet yang diberikan kepada mereka hanya cukup buat mereka melakukan benda yang perlu sahaja.

-Beri perhatian kepada sikap anak2 yang mungkin berubah semasa mengunakan interner seperti body language mereka. Hal ini kerana 'action speaks louder than words', bahasa badan anak2 anda akan mencerminkan apa sebenarnya yang terbuku dihati mereka semasa melayari internet senadainya mereka melayari laman yang tidak sepatutnya dilayari sudah tentu aksi bahasa badan mereka akan berubah dan tidak seperti selalu.

Tindakan institusi pendidikan:

- Masukan pengunaan internet ini sebagai satu subjek yang independent beerti ianya tidak hanya merentasi kurikulum tetapi berdiri sebagai satu subjek yang lain. Hal ini perlu dilakukan bukanlah sekadar diperingkat menengah atas sahaja malah perlu diadakan di peringkat rendah lagi. Hal ini adalah kerana KATA yakin seandainya pengunaan internet secara baik telah disemai kepada anak2 kita sejak mereka kecil lagi sudah tentu mereka akan lebih cenderung melakukan perkara yang baik ketika mereka telah dewasa BAK KATA PUJANGGA LAMA 'MELENTUR BULUH BIARLAH DIRI REBUNGNYA'

Rasional KATA merasakan perlunya Subjek ICT di ajar secara berasingan adalah kerana sekiranya ICT diterapkan dalam sukjek lain semata-mata sudah tentulah pengunaan internet tertumpu kepada pengaplikasian untuk membantu pelajar memahami subjek itu sahaja tanpa menerapkan perkara perlu dalam melayari internet ini secara baik dan produktif. Apabila ICT diajar berasingan lebih banyak perkara dapat diterapkan kepada pelajar yang bakal mengasuh mereka mengunakan internet secara lebih produktif seperti membina web sendiri atau membina pasaran siber yang sudah tentu akan mendatangkan faedah kepada para pelajar apabila mereka dewasa kelak.

SECARA BULAT KATA seandainya segala tindakan yang telah disarankan KATA pada ruangan atau topik kali ini hanya dipandang enteng dan dilakukan secara tidak konsisten dan menyeluruh.. perkara ini pasti tidak dapat diseselaikan kerana masalah tidak akan jadi masalah seandainya ia dapat dikawal secara total..

AKHIR KATA.. Perihatin kepada penggunaan internet anak kita demi menjamin masa depan mereka yang lebih cemerlang dan gemilang..







No comments:

Post a Comment